Tuesday, October 28, 2008

Air Terjun Sungai Jeriau


Air Terjun Sungai Jeriau, Fraser Hill merupakan salah satu tarikan pelancong ke negeri Pahang Darul Makmur. Sungai Jeriau membekalkan air bersih ke seluruh Bukit Fraser. Para penyelidik dari kumpulan "Water Quality", "Hyrology and Sediment Analysis" dan " Biologi" menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat utama untuk menjalankan penyelidikan-penyelidikan mereka sepanjang ekspedisi dijalankan.

Perbincangan Penyelidikan Ekspedisi Bukit Fraser 2008


Perbincangan Penyelidikan di Conferance Hall, Pines Resort-Fraser Hill. Dari Kiri, Encik Damanhuri, Cik Rina dan Encik Johari Jalinas

Kerja-Kerja Penyelidikan Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser 2008


Kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan oleh kumpulan "Water Quality" di Sungai Hijau, Fraser Hill.

Pembentangan Hasil Kajian Ekspedisi


Pembentangan hasil penyelidikan pada hari pertama Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser 2008 oleh Prof Madya Dr. Mohd Ekhwan Toriman. Beliau membuat kajian mengenai hidrologi and sediment analysis.

Perbincangan Penyelidikan


Kumpulan Penyelidik dari Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan (FSSK), UKM.

Taklimat Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser 2008


Taklimat Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser 2008 telah diadakan di Conferance Hall, Pines Resort pada 27 Hb Oktober 2008 (2.30 Petang). Taklimat tersebut telah diberikan oleh Yang Berbahagia Prof Dr.Jumaat Adam selaku Ketua Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser 2008.

Pendaftaran peserta Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser 2008


Pendaftaran peserta-peserta - Prof Madya Dr Nohayati Ahmad & En Daicus sedang mendaftar di Program Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser

Pendaftaran peserta Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser 2008


Para peserta mengambil t-shirt, tag nama dan bag semasa proses pendaftaran ekspedisi

Pendaftaran peserta Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser 2008


T-shirt Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser 2008 diberikan semasa proses pendaftaran peserta. Tema warna ekspedisi adalah merah hitam.

Pendaftaran peserta Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser 2008


Ahli-ahli jawatankuasa Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser 2008 bersiap sedia untuk proses pendaftaran peserta-peserta ekspedisi.

Monday, October 27, 2008

Pendaftaran peserta Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser 2008


Ketibaan Encik Ahmad Damanhuri Mohamad dan Prof. Madya Dr. Norhayati Ahmad di Hotel Penginapan (Pine Resort) semasa pendaftaran peserta-peserta Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser 2008 pada 27 Hb Oktober 2008.

Proses Pendaftaran Peserta-Peserta Ekspedisi


Cik Hani Kartini Agustar semasa proses pendaftaran peserta-peserta ekspedisi.

Ketua Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser


Ketua Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser 2008, Prof Dr. Jumaat Adam

Tag Nama


Tag Nama Program Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser 2008.

Sunday, October 26, 2008

Lapor Diri di Balai Polis Bukit Fraser


Melapor diri di Pejabat Polis Bukit Fraser pada 25 Hb Oktober 2008.

Minum Petang


Mesyuarat ringkas Program Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser 2008 telah diadakan pada 25Hb Oktober 2008.

AJK EKSPEDISI SAINTIFIK BUKIT FRASER 2008


Ketibaan ahli-ahli jawatankuasa Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser pada 25 Hb Oktober 2008.

Banner Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser 2008


Pemasangan Banner Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser 2008

Pemasangan Bunting Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser 2008


Pemasangan Bunting Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser pada 16 Oktober 2008 telah diketuai oleh Ketua Publisiti Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser 2008, Encik Johari Jalinas.

Pemasangan Bunting Ekspedisi turut dibantu oleh Cik Faridah Hanim dan Encik Fauzi